By Latti Spect | 9:48 AM
Posted in: | 0 comments

SPM/Latihan Separa Perubatan SPM/PMR



Borang ini diisi oleh calon-calon yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU ingin memohon Latihan Separa Perubatan (bagi calon yang mempunyai kelayakan SPM atau PMR). Permohonan baru akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelulusan anda. Permohonan akan dikemaskini ke dalam bank data berkomputer SPA dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh menghantar Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i).


PERHATIAN:
Mulai 4 Ogos 2010, SPA tidak akan menghantar Surat Akuan Pendaftaran Permohonan kepada pemohon. Pemohon adalah digalakkan untuk mencetak Makluman Pendaftaran sebagai rujukan. Makluman Pendaftaran tersebut akan dipaparkan sejurus selepas pemohon menghantar Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i).

Pemohon perlu bersedia dengan sijil-sijil yang berkaitan sebelum mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i), kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan pendaftaran anda ditolak.



PERINGATAN:
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali."\









                                                                          click to close--->


                                                  






    




Read more